Friday, March 12, 2010

Lelaki Idaman Setiap Wanita



hr ni rmai gler yg add ak kt myspce..
so ap ag g lh jenguk2 diorg ny profile..
wow..
chantek2 sume ny..
ho9..
pstu g lh kt blog sorg dak ni...
ak trtrik ngn die ny artikel..
so ap ag ak pn copy r..
ha9..
so sme2 r kte bc..



Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang selalu haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama dengan kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menjaga tutur katanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jemabalang...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga..
Yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh dengan kesederhanaan...
Kerana dunia baginya rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya adalah...
Sentiasa bersedia menjadi imam...
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasullullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya...

Lelaki idaman saya adalah...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya adalah...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...



so ak nk r tmbh skit an..
x kn r lelki je kne jd cm tu..
kte sbgai wnita shrusny ad gk cri2 cm tu..
pape pon x sume org smpurna kn..
hmm..
P/S: jdilah lelaki & wanita solehah..

No comments:

Post a Comment

KakiBLOGGER