Sunday, May 22, 2011

CONTEST MIMIK MUKA "RAPLAH"



ha! ha! nampak tak tu.. banner kat atas tu nampak tak.. tengok situ aku nak join contest ni.. mne lah tau menang kan.. hahah.. 

jadi aku mempertaruhkan mimik muka ni jeng jeng

ha tu die kat tengah tu aku lah. muka dok tension dengar syarahan



P/S: anda mao join sila KLIK


Sakit hati kan

ha nampak kan hari ni jer 2 entry aku wat. sebenarnya nak wat entry pasal upu tadi jer.. eh tetbe terdapt lak topik baik punya. baru jer dapat tadi. panas lagi dari ketuhar FB. GERAM + SAKIT HATI punya pasal aku nak sangat2 wat entry ni.. ni sume sebab si polan ni (nama terpaksa dirahsiakan takut mengaibkan). penah tak korang tengah tak tau pape tetbe kene serang bagai. siap sound lagi. ha ap perasaan korang time tu.
geram cam muka ni kan? kan? kan?

ada ker patut aku yang tak bersalah ni kene sound direct punya dengan si polan tu. eh sakit tol jiwa aku.. nasib baik bukan sound2 depan2 aku. kalau tak memang mandi air hujan colorox lah. geram betul. boleh pulak ko sound aku tanpa sebab. memang jiwa sakit lah ko ni. tak leh tengok orang senang. dah tak suka aku dari kawan remove jer lah. nak kejam block terus. spe setuju sila angkat tangan cam saya~ ahhaah.. ok2 serius balik. kalau la korang kat tempat aku apa korang wat yer. tadi aku cam nak sound si polan tu, tapi fikir2 balik baik aku biarkan jer. mood aku dah lah tengah happy boleh pulak die spoilkan.. siotkan orang cam tu. he~


P/S: aku masih tak faham ada orang yang camtu. nampak sangat tak ikhlas berkawan.. podah 

Tolong Nasihatkan Saya.

NASIHAT ITU PENTING


mari hari ni kita saling berkongsi senyuman.. :)) hoho. ok tadi aku baru jer selesai buat permohonan fasa 2 upu. tapi ada sikit aku dah poning2. yelah sebenarnya niat hati ada nak apply kat UMS. dekat SABAH ok. ulang kembali SABAH. acctually aku memang teringin nak belajar jauh2. bukan apa selama ni asik dapat dekat2 jer. nak juge merasa belajar jaoh2. yelah kan rasanya nak belajar dekat luar negara tak mungkin kot. kalau ada pon mungkin tipis jer peluang tu. tapi kan kan kan parents aku cam tak kasi aku belajar jaoh2. macam mana erk? lagi pon aku takut tak dapat Universiti dekat2 sini sebab result pon tak berapa nak bagus. jadi aku amat memerlukan pandangan anda semua. ADAKAH AKU PATUT AKU APPLY UMS??



PILIHANPROGRAM PENGAJIAN
Pilihan 1: UiTM - EE02 PERAKAUNAN
Pilihan 2: UUM - UE02 SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
Pilihan 3: UM - ME02 SARJANA MUDA PERAKAUNAN
Pilihan 4: UPM - PE02 BACELOR PERAKAUNAN
Pilihan 5: USIM - QE02 PERAKAUNAN
Pilihan 6: UTM - TE02 PERAKAUNAN
Pilihan 7: UMT - GE02 SARJANA MUDA PERAKAUNAN
Pilihan 8: UniSZA - DE02 PERAKAUNAN

ni senarai permohonan upu aku





P/S: mari bantu saya. jangan malu2 berikan pendapat anda



Friday, May 20, 2011

Contest Blog Paling Comel

hari ni pepagi lagi aku dh on fb. ok tengok sana tengok sini. checking sana checking sini. ha tup2 nampak EN. AZRI FATHURRAHMAN tag aku pasal CONTEST BLOG PALING COMEL. aku ap ag memang tak mungkin lepaskan peluang. jadi nya mari lihat contest banner contest ni
  
Photobucket

nampak kan kan kan. nak join contest ni mari klik blog FARINA AFZA ni. mai mai join contest ni.

ok aku nak tag 3 orang rakan aku ni:


P/S: saya suka

Tiada peluang, Punah harapan

mari hari ini kita cite berkisar tentang cikgu. oh kenapa? kenapa? curiga bukan. hari guru dah lepas pehal lak nak cite pasal cikgu kan kan. ok ok malas nak wat korang tertanya2. mari kita selidik tentang pekerjaan cikgu. entry lepas aku de bagitau kan kan aku menanti nak jadi guru ganti. tapi tapi korang nak tau tak aku baru dapat tau yang kerajaan dah tak nak amik guru ganti lagi.. ha sume ny sebab kerajaan tiada peruntukkan.. oh aku mula dah fikir, 'kita dah miskin ker skg' oh my terpaksa lah aku menganggur kat rumah.. huwa bohsan ok.. tapi tapi sume itu hanya sebentar sebab nya tadi aku on fb tetibe ada pulak sorang akak ni yang ada amik tempahan wat kek dan biskut2 gtw die nak cari pekerja part time.. hiya2 aku un seronok lah. ap ag terus jer setuju. alhamdulillah aku dapat kerja tu.. ha kan best. tu lah betul gak kate makcik aku kita hendaklah sentiasa tersenyum walaupon dilanda badai. eceh ayat nak hebat. sebab kalau sentiasa tersenyum, hati akan happy. bila happy rezeki pon masyuk jer. huhu.. sekarang ni mari belajar buat kek sambil bekerja. hahaha


P/S: terima kasih pada EN AZRI FATHURRAHMAN sebab tolong edit kan blog aku. KAMSAMIDA~

Wednesday, May 18, 2011

HADIAH UNTUK ANDA

"KEJAYAAN ITU DATANG NYA DARI USAHA YANG GIGIH"

 'hello assalammualaikum, ha ye npe? ha ap result? oh aku tak cek ag lah. apsal? ha x tau cm ne nak cek. alh boleh by on9 or sms. cm ni cm tu. bla bla bla' nampak tu. tu sume separuh daripada perbualan aku dengan kawan2 aku. tu baru yang call. ada gak yg sms. banyak lah.. takkan nak tulis sume kat sini.. betul tak?

sebenarnya semalam result aku keluar. ha ap ag hati un dup dap dup dap lah.. tapi aku blh lak wat tak tau.. orang len sibuk cari cm ne nak cek result. aku rilek jer. siap boleh g melepak2 ag. g tolong2 kat rumah kawan aku dulu (padahal nak lari dari kenyataan) patu bangun tido pagi semalam boleh ag fikir "eh betul ker hari ni result kuar?bukan hari tu baru exam ker? eh cepatnya dorang semak? eh! eh! itu ini." hahaha pening2. 

petang tu baru r terhegeh2 nak cek result. tapi tak leh bukak lah ap lah. ap ag makin kuat lah hati berkata2 "ha result tak kuar lagi ni" hahaha. last2 kawan aku mesej. 'oit diba dah tau ke cmne nak cek result' pastu bangga jer aku cakap 'blum r. result tak kuar ag kot. haha' kawan aku un ap ag. 'wei banyak r ko x kuar ag. dah kuar lah' aku un ap ag terkejut sampai pengsan  hehe. so aplagi suruh ler kawan aku tolong cek kan. pemalas bukan aku ni. haha. n then ni lah result yang aku dapat.. sila lihat di bawah.

     


sila klik utk tumbesaran


mari kita lihat perasaan saya time tu:

  1. hoi betul ke result aku ni? hey2 tolong sedarkan aku. (terkejut beruk)
  2. alamak ok ker result cm ni? cm ne ni? cmne? (risau)
  3. yeha2 boleh lah tido dengan lena. yuhu. (happy)
  4. hebat gak aku ni. boleh r letak kat blog cmni. (bangga riak)
  5. macam nak pengsan dah ni. (penat dh bangga) hahha
konklusinya, MATRIKULASI itu MUDAH. insyaallah


P/S: aku rasa nak g tengok NUR KASIH. korang nak join?

Tuesday, May 17, 2011

terKejut Lah


'PENJAGAAN BADAN BERMULANYA DARI MATA'

HIYAK! puh kanan! puh kiri! tepi2 aku nak wat entry ni.. line internet sila beri kerjasama.. he~ hari ni hari cuti bukan. budak2 sekolah seronok lah hari ni cuti.. semalam pon mcm cuti.. yelah korang tak belajar kan kan kan.. baik ngaku cepat kanak2 sekolah.. hahaha.. disebabkan hari ni hari cuti aku dengan bangga nya pepagi bangun ajak mak aku g balik kampung. *sambil dlm hati nyanyi lagu hantu kak limah balik kampung. hoho.. misi aku nak balik kampung adalah untuk kemas mengemas rumah nenda ku.. hahaha.. rajin kan aku. *sila lah angguk dengan paksa. sebenarnya aku nak kemas2 rumah nenda aku sebab bulan 6 ni ad majlis kahwin.. so aku yang dh jadi penganggur setia ni dan kebosanan ni sajalah rajin2 kan diri menolong (nampak sangat tak ikhlas).. hahha .. jadi nya dari pagi hinggalah menginjak ke petang aku dan mak aku mengemas.. pergh berpeluh juga kot. siap baju aku penuh dengan habuk.. haha.. rumah dah ler bosa (besar).. penat tau kemas.. sambil2 kemas sambil tu gak fikiran ligat berputar merancang "hey t aku dah kawin malas lah nak ada rumah besaq2 ni. ponat nak kemas. kalau laki aku memang ada rumah besaq pasti kan maid die ad utk setiap tingkat. hmm hebat2 (sambil sengih2)" hahah henat kan pemikiran aku.. *sila katakan ya ok.. betul lah aku cakap. cuba lah korang g 1 rumah yang besar2 ni.. pastu offer diri nak kemas rumah dorang.. aku jamin 15 minit pastu korang rasa "YA ALLAH x sanggup nya aku nak teruskan" tengok2 korang lari jer.. hahah.. tapi walaupon ponat aku sempat lagi nak on9, update blog ni.. hehehe.. ok2 badan aku dah terkejut sebab penat sangat kemas rumah tadi..


best nyer dapat rehat!


P/S: esok mungkin nak g rumah kawan aku nak tolong wat bunga telur!

Monday, May 16, 2011

kiTa kaN 1 MALAYSIA


HAPPY TEACHER'S DAY


HAPPY MOTHER'S DAY



HUWA.. alh tau dah korang mesti nak kata.. "wei2 dibah ekau ni mimpi ker ap? hari ni HARI GURU lah.. apsal wish HARI IBU sekali.. he~ pandai ny dibah ni.." hey2 korang tak tau ker aku ni kan suka wat benda lain dari yang lain.. suka hati aku lah. hahaHa.. sebenarnya bukan apa aku saja jer wish sekali.. sebab hari tu aku tak wat entry pasal hari ibu kan kan.. ha x perasan lah tu.. he~ korang ni.. pay attention lah sikit.. adoi.. hehehe.. lagipon aku sengaja tunggu hari ni nak wish sekali.. kita kan ada 1 malaysia.. ap salah nya kita 1 kan sekali hari ibu ngan hari guru ni.. *sila katakan setuju.. he~ lagipon ibu aku adalah seorang guru.. so kira ok kan kan sekali wish.. hahaha.. dah cukup.. aku tak nak korang bosan baca entry aku yang tak best ni kan :( huhu.. oleh itu SELAMAT HARI GURU terutama pada ibu saya, guru2 SKSB, SMK JUGRA, SMT SEPANG, dan jua pensyarah KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR (KMS). SELAMAT HARI IBU pada PUAN NORRITAH BINTI AHMAD.. love u mom..



thankz teacher's


thankz mom



P/S: aku dah semakin rajin update blog.. percye lah


Sunday, May 15, 2011

cuBa beRseroNok!!


DARI MATA TURUN KE JIWA!

HEYA! lama betul kan aku tak update blog.. *sila angguk yer. he~ sebenarnya aku tak lah sibuk sangat tapi sebab kemalasan telah menguasai diri (ayat biasa aku guna kan kan kan) idea tu banyak jer nak update. sebab dengan tak de ny laptop + malas = tiada entry.. hahaha.. ok2 hari ni nak cter ap yg aku wat sepanjang cuti yang dah nak hampir sebulan rasanya. sebenarnya 2 minggu lepas aku ada gak g cari kejer.. yelah cuti amat2 lah panjang yer.. 5 bulan ok.. panjang bukan.. kalau rindu duduk rumah pon rasanya dah terlebih terubat rindu sampai kebosanan.. macam tu lah yang telah terjadi dkt aku.. so dpt ler kejer kt PUSAT GEDUNG PAKAIAN HARI2. hmm tapi yang x best nyer bapak aku tak kasi atas sebab tertentu.. ap lagi hati ku punah.. huhu.. ok stop.. lepas tu, mak aku offer jadi cikgu ganti kat 1 sekolah ni.. so aku pon teruja walaupon tak minat nak jadi cikgu namun disebabkan bosan aku terima juge.. lagipun pengalaman.. so aku pon apply jer lah.. sementara nak tunggu panggilan menjadi cikgu ganti ni aku un amik ler tugas sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.. hehe.. so macam2 tugas lah yang aku wat. sambil2 belajar2 masak.. kira sekarang dah pandai lah masak sikit2.. hahah hebat bukan *sila angguk dengan laju ok.



nampak ni keje suri rumah.. penat wei! siyes.. so sila hargai ibu kita..



mari memasak


nampak tak gambar tu.. mestilah tu bukan aku.. tu kartun jer.. haha.. sebenarnya nak gitau kat korg aku dah pandai wat cupcake.. hahah hebat + teror kan kan kan.. ni pon sebab aku g bljr ngan org yang memang wat kek, terima tempahan kek hari2.. so di situ nya lah bermula kepandaian aku.. haha.. seronok tau bila dapat hasilkan sesuatu.. jadi cari lah hobi untuk hilangkan bosan..



P/S: aku dah mula terima kebosanan duduk di rumah.. haHa.
KakiBLOGGER